Uhibbu Allah

Uhibbu Allah

Tuesday, 17 December 2013

cuti-cuti 2013 ^^


huhuhu..first time buat video.. ^^
tontonan amat dialu-alukan > <

Saturday, 14 December 2013

La Tahzan Innallah Maana :')

Wahai hamba Allah yang lemah,
Jangan bersedih, Laa Tahzan, Don’t be sad..
Tuhanmu sedang mengajarmu erti SABAR, REDHA dan BERSYUKUR..

Sesungguhnya, besarnya balasan sesuai
dengan besarnya musibah. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai
kepada suatu kaum, maka mereka akan diuji dengan berbagai macam musibah.
Barang siapa yang redha, maka dia akan diredhai oleh Allah. Dan barang siapa yang tidak menerima (atas
musibah tersebut), maka dia akan dimurkai Allah.” (H.R. Tu ...rmudzi,
dia berkata: Hadis Hasan)


 

Wednesday, 4 December 2013

~Assobru Minal Iman~

3 Tanda bahagia kata Ibnul Qayyim:

1. Bersyukur ketika diberi nikmat.
2. Bersabar ketika ditimpa musibah (cobaan).
3. Memohon ampun pada Allah ketika telah terjerumus dalam dosa.

SABAR.
S : SAYANG AKAN ALLAH
A : AMALKAN SIFAT MAHMUDAH
B : BERAMAL WALAUPUN IA SEDIKIT TETAPI BERTERUSAN
A : AL-QURAN DAN SUNNAH SENTIASA DI HATI
R : REDHA ATAS SEMUA KETENTUAN ALLAH


Sunday, 1 December 2013

Kemanisan Iman~

Antara petanda kemanisan iman

Sebahagian daripada petanda yang lahir daripada kemanisan iman ialah kesukaan dan kecintaan seseorang untuk melakukan ibadah. Dia merasa selesa dengan solat berjamaah, tenang hatinya dengan al Quran, merasa rindu untuk berukhuwah sesama mukmin dan lapang dadanya ketika mendepani masalah ketika berbuat kebaikan

(Dr Zainur Rashid Zainuddin)

 

Saturday, 30 November 2013

Put Your Trust On Allah

Kesusahan, kesakitan, kesempitan hidup, semuanya itu telah merapatkan jurang antara kita dengan Tuhan.

Bersyukurlah diuji dengan kesusahan.

Lebih mengingatkan kita dibanding ujian kesenangan yang lebih mudah membuatkan kita lalai dan alpa kepada Tuhan.

Bersyukurlah Allah masih memandang kita dengan dihantarnya ujian kepada kita.

Kalau dibiarkan kita terus selesa dalam kesenangan, entah ke manalah kita di sisi-Nya pada hari ini...


Eh,,awak! Perasan Tak???

Untuk RENUNGAN DIRI & BERSAMA.

PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.
PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.
PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.
PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan lama dan panjang.
PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.
PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Saturday, 4 May 2013

Untuk mu ~GAZA~





lupakan sebentar tentang secebis kesibukan duniawi....
lantaran nun jauh di sana 
 
ada air mata yang tumpah
ada esak tangis yang berlagu
ada derai air mata yang gugur..

di sana juga 
ada kepedihan menatap tubuh kaku anak-anak kecil 
di sana juga 
ada basah darah merah yang mengalir membasahi bumi
di sana juga 
ada satu pengharapan tentang sebuah kehidupan....


ayuh....
ayuh bangunlah wahai umat Islam seluruh dunia
bukalah mata kamu lapangkan dada kamu
tolehlah wajah kamu....
hadapkan diri kamu....
dan lihatlah penderitaan saudara-saudara kita yang sedang berjuang....

apa adanya kita...

hanya sekadar menatap tanpa suara...
apa adanya kita
andai melihat tanpa berbuat apa-apa...
apa adanya kita...
andai diam membisu....
memekakkan telinga membutakan mata atas kekejaman yang tiada kesudahannya...?


bangun...
bangunkan dirimu...
bangunlah seluruh umat islam yang bernaung dibawah Kekuasaan ALLAH SWT.....
pohonlah sebuah doa kepada yang Maha Esa Maha Mengasihani dan MAha Penyayang....
untuk mereka iaitu sudara kita yang sedang mempertahankan maruah agama......
pohonlah kesejahteraan untuk mereka...

agar...
agar dititipkan sebuah kekuatan di dalam hati....
dan pohonlah agar ditabahkan jiwa mereka untuk terus bertahan...
demi agama Islam nan suci....
pohonlah doa...
demi sebuah kehidupan dan pengharapan....


selamatkan bumi Gaza dan Seluruh umat islam di sana ..... 


Sunday, 23 December 2012

R E Z E K I



rezeki kita semuanya bukan bos kita yang bagi,bukan pejabat kita yang bagi,bukan kedai kita yang bagi dan juga bukan kerajaan kita yang bagi TETAPI yang bagi rezeki dekat kita adalah ALLAH S.W.T tidak kira hambaNYA itu taat perintah ALLAH mahupun ingkar perintah ALLAH, ALLAH yang bagi rezeki dekat kita...n_n

bila dalam hati kita cakap bahawa bos kita yang bagi rezeki,duit kita yang bagi rezeki,pejabat kita yang bagi rezeki,kedai kita yang bagi rezeki dan juga kerajaan kita yang bagi rezeki bermakna iman kita sudah rosak sebab keyakinan iman kita itu mengharapkan pada makhluk yang bagi kita rezeki bukan kepada ALLAH pemilik tujuh petala langit dan tujuh petala bumi...+_+

ALLAH hanya menerima iman 100 peratus yakin kepada ALLAH,iman yang bulat hanya kepada ALLAH, jika iman kita 99 peratus pown ALLAH tidak akan terima sebab ALLAH nak iman 100 peratus hanya kepadaNYA...jom kita betulkan yakin kita ya wahai semua calon ahli SYURGA semua insyaALLAH...@_@

semoga ALLAH fahamkan kita semua dalam agama ISLAM lagi dan lagi...(^_^)

Keep Laughing :)


                                      


Pernahkah kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat. Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day for crying.
Apa yang kita akan lakukan pada akhirnya? Menangis? Marah? Memberontak? Pasti. Dah tu apa yang akan terjadi seterusnya? Selain daripada kita akan merasa menjadi makhluk paling menderita di dunia. Tidak ada yang peduli dengan kita. Lonely
Kalau mahu marah, boleh. Mahu menangis, boleh. Mahu memberontak juga, boleh. Tapi tidak boleh lama-lama ye. Segeralah berwudhu dan perbanyak istighfar. Senyum dan tertawalah.
Gilakah? Tidak! saya hanya ingin mengajak untuk berbahagia. Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286) dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tertawalah dan maafkan kesalahan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci, bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan kita di masa lalu.
Itu sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.

Maka, tertawakanlah dan maafkan kesalahan diri. Segera bangun dan berlarilah! Berlarilah untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!

S-E-N-Y-U-M ^^



【ツ】 Senyum ringan tak bersuara tapi penuh makna.
【ツ】 Senyum murah tapi tak ternilai dengan harga.
【ツ】 Senyum tak perlu tenaga tapi besar motivasinya.
【ツ】 Senyum hal yang mudah tapi selalu nampak indah.
【ツ】 Senyum satu hal yang biasa tapi boleh jadi istimewa.
【ツ】Senyum ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah.

【ツ】 Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum bersama kita... 【ツ】

ﷲ INSYA ALLAH ﷲ

والله أعلمُ بالـصـواب... SMILE ALWAYS ! ツ
"Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya" (and Allah knows the right)