Untuk RENUNGAN DIRI & BERSAMA.
PERASAN TAK?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan
dengannya.
PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk
berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen:
drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.
PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.
PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi
betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.
PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih
bulan Ramadhan lama dan panjang.
PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.
PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf
paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.
No comments:
Post a Comment