Pernahkah
kita mengalami hari yang malang? Apa yang terjadi sama sekali berbeza jauh
dengan yang kita rencanakan. Kita sudah sangat hati-hati menyiapkan
presentation yang sempurna hingga larut malam. Tapi oleh kerana kita terlambat
bangun, laptop rosak, tiada elektrik. Kita terlewat masuk kuliah atau pejabat.
Tersilap masuk dewan kuliah yang lain. Bahkan presentation yang dibuat sempurna
kita tertinggal di rumah. Dapat marah pula dari bos / pensyarah. Perfect day
for crying.
Apa
yang kita akan lakukan pada akhirnya? Menangis? Marah? Memberontak? Pasti. Dah
tu apa yang akan terjadi seterusnya? Selain daripada kita akan merasa menjadi
makhluk paling
menderita di dunia. Tidak ada yang peduli dengan kita.
Lonely
Kalau
mahu marah, boleh. Mahu menangis, boleh. Mahu memberontak juga, boleh. Tapi
tidak boleh lama-lama ye. Segeralah berwudhu dan perbanyak istighfar. Senyum
dan tertawalah.
Gilakah? Tidak! saya hanya ingin mengajak
untuk berbahagia. Hiburlah hatimu yang terluka, bahagiakan ketika hatimu sedang
sedih. Kalau bukan Allah dan dirimu sendiri yang membuatmu bahagia, siapa
lagi? Allah tidak akan menguji kita di luar kesanggupan kita (QS 2: 286)
dan Allah bersama orang-orang yang sabar.
Tertawalah
dan maafkan kesalahan diri sendiri. Hidup kita seperti buku. Jika
halaman-halaman yang di depan sudah ada coretan yang tidak baik maka kita masih
punya banyak halaman di belakang yang masih putih. Masa depan kita masih suci,
bersih. Jadi, jangan tunda kebahagiaan kita di masa depan hanya kerana kesalahan
kita di masa lalu.
Itu
sebabnya cermin sisi lebih kecil daripada cermin depan kereta, kerana kita
boleh sesekali lihat masa lalu sebagai pelajaran
berharga. Namun, kita harus fokus pada masa depan.
Maka,
tertawakanlah dan maafkan kesalahan diri. Segera bangun dan berlarilah!
Berlarilah untuk meraih masa depan yang lebih baik. Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment