Uhibbu Allah

Uhibbu Allah

Tuesday, 13 November 2012

I LOVE MY PARENTS

 Asslamulaikum,,kawan2,,jom baca dialog ni,.
 sedih~ so sad  :(

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi ?
»

Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

P/s: Hargailah kedua ibubapa anda sebelum terlambat... Sayangi dan hormatilah mereka... Kerana, redha Allah terletak pada redha ibubapa..
Saya Sayang IbuBapa saya ♥
Anda bagaimana?

Sunday, 11 November 2012

~JOM MUHASABAH DIRI~



Asslamulaikum,,hari ni,,nak share satu dialog nasihat yang memberikan banyak pengajaran terhadap kita sebagai hamba ALLAH..

Sukri Supian : ustaz ngan ustazah apa projek malam ni?

Ustaz : saya ingat nak ikut awak masuk disko lah.

Ustazah : saya pun sama lah. dah lama tak pakai baju ketat-ketat.

Sukri Supian : hahaha. mengarut je korang berdua ni. ustaz ngan ustazah mana boleh masuk disko. ni ustazah siap nak pakai baju ketat pulak.

Ustaz : lah, kenapa tak boleh pulak? saya nak enjoy je dalam tu.

Ustazah : ha'ah. saya pakai baju ketat pun salah ke?

Sukri Supian : haik, ustaz dan ustazah apa macam ni sampai tak tahu dosa ngan pahala?

Ustaz : ooo... dosa... maknanya awak tau lah benda-benda yang awak lakukan selama ni berdosa? tapi kenapa awak buat? ingatkan awak tak tau.

Ustazah : apa yang membezakan awak dengan kami? awak orang Islam, kami orang Islam. kalau ustaz dan ustazah diharamkan buat semua tu, kenapa orang macam awak tak diharamkan pulak? dosa dan pahala bukan hanya untuk ustaz dan ustazah sahaja, tapi untuk sekelian orang Islam!

Ustaz Bob Al-Bukhari : ustaz ke, ustazah ke, penggali kubur ke, pemandu lori ke, selagi tahu apa yang dilakukan itu hukumnya haram, maka BERDOSA BESAR jika dilakukan. pakai tudung labuh bukan untuk ustazah, tapi untuk semua muslimah.
p/s: selagi kita masih beragama ISLAM, tunjukkanlah perilaku kita sebagai ummat ISLAM..
jauhi yang dilarang dan lakukan yang diperintahkan

Saturday, 10 November 2012

My Notice


Custom Glitter Text
lagi beberapa hari je lagi results UPSR nak keluar. kwn2 doakan saya agar mencapai kejayaan 5A dlm UPSR sebagai satu kejayaan yang cemerlang demi membanggakan kedua dua ibu bapaku,guru2 dan rakan seperjuanganku serta menaikkan lagi imej sekolah. insyaallah,,kejayaan 5A UPSR akan aku raih bersama rakan-rakanku.. AMEEN~

Muhasabah Diri

♥ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ♥ -------------------------------------------- ღღ•* Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, doakan HINAAN berbalik menjadi KEMULIAAN.. ღღ•*Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, doakan KEBENCIAN menjadi KASIH SAYANG.. ღღ•*Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, doakan SAKIT itu menjadi KEBAHAGIAAN.. ღღ•*Jangan Marah Saat Ada MASALAH, doakan MASALAH kita menjadi LADANG AMAL yang bermanfaat.. Wallahu a'lam.. P/s: Ingatan untuk diri sendiri Juga..:D